Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Perlis Bantu Isi Tabung Darah Hospital

Published: 20 Apr 2015 8.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kangar, 20 April - Anggota polis di Perlis digalakkan menderma darah untuk mengisi Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-perlis-bantu-isi-tabung-darah-hospital
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:40 MYT

Kangar, 20 April - Anggota polis di Perlis digalakkan menderma darah untuk mengisi Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis Supt Abdul Rahman Jit berkata pasukan itu juga bersedia menderma apabila berlaku keperluan mendadak atau kecemasan.

"Menderma darah kini menjadi amalan kebajikan polis namun pihak pengurusan tidak memaksa anggotanya yang tidak rela menderma.

"Amalan murni ini juga sebahagian kempen sihat pasukan kerana anggota yang tidak sihat tidak boleh menderma," katanya kepada pemberita pada program derma darah sempena Sambutan Hari Polis ke-208 di Mes Pegawai Polis di sini, hari ini.

Program dirasmikan Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa.

Abdul Rahman berkata IPK turut menganjurkan aktiviti beriadah mingguan pada setiap Jumaat dalam usaha meningkatkan tahap kesihatan setiap anggotanya.- BERNAMA

ArticlePublished 20 Apr 2015 8.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM