Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

13 Pelajar Ditahan Kes Pukul Di Sekolah Agama Di Pendang Polis

Diterbitkan: 20 Apr 2015 9.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pendang, 20 April - Polis menahan 13 pelajar bagi membantu siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-pelajar-ditahan-kes-pukul-di-sekolah-agama-di-pendang-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:39 MYT

Pendang, 20 April - Polis menahan 13 pelajar bagi membantu siasatan berhubung laporan kes pukul seorang pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Pendang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abdul Aziz Ahmad berkata enam pelajar Tingkatan Empat dan tujuh pelajar Tingkatan Lima itu ditahan polis pada 11.15 pagi ini di sekolah terbabit.

Katanya dua lagi pelajar Tingkatan Lima yang dipercayai terbabit dalam kes itu telah digantung daripada asrama sekolah semalam dan telah pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani.

"Tindakan untuk menahan mereka (bagi membantu siasatan) akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz Zainol Abidin ketika dihubungi berkata laporan penuh kejadian itu telah dihantar oleh pihak sekolah kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra, Gurun mendakwa dia dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sekolah tersebut dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Apr 2015 9.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM