Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Percaya Enam Suspek Bersenjatakan Parang Keluar Dari Ttdi

Diterbitkan: 04 Jun 2015 10.56 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 4 Jun- Enam suspek bersenjatakan parang yang dipercayai bersembunyi di hutan Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini semalam, dipercayai tidak lagi berada di kawasan berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-percaya-enam-suspek-bersenjatakan-parang-keluar-dari-ttdi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:52 MYT

Kuala Lumpur, 4 Jun- Enam suspek bersenjatakan parang yang dipercayai bersembunyi di hutan Taman Rekreasi Lembah Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini semalam, dipercayai tidak lagi berada di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata ini berikutan pihaknya menemui laluan hutan menuju ke jalan raya kira-kira 400 meter dari tempat mereka terserempak dengan polis.

"Polis percaya mereka telah keluar daripada kawasan itu semasa usaha memburu mereka petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata ketika ini taman rekreasi berkenaan masih dibuka kepada orang awam untuk meneruskan aktiviti riadah seperti biasa.

Semalam, polis gagal menjejaki suspek yang melarikan diri ke Taman Rekreasi Lembah Kiara di Taman Tun Dr Ismail sejak pukul 5 pagi.

Keenam-enam suspek yang merupakan geng pecah rumah dan aktif di sekitar TTDI, Sri Hartamas menggunakan modus operandi yang sama iaitu memecah masuk rumah dan melarikan barang berharga.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 04 Jun 2015 10.56 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM