Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Patahkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Rm1 45 Juta

Published: 13 Jun 2014 7.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis mematahkan cubaan menyeludup 5.8 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.45 juta apabila merampas bahan larangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-patahkan-cubaan-seludup-dadah-bernilai-rm1-45-juta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:38 MYT

SHAH ALAM, 3 Jun 2010 (Bernama) -- Polis mematahkan cubaan menyeludup 5.8 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM1.45 juta apabila merampas bahan larangan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada 28 dan 29 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir berkata kedua-dua rampasan itu membabitkan modus operandi yang sama iaitu menyembunyikan dadah yang dibungkus dalam plastik lutsinar pada lapisan bawah bagasi yang dibawa.

Beliau berkata dalam rampasan pertama pada 28 Mei lepas, polis menahan seorang lelaki rakyat Iran berumur 24 tahun ketika sedang membawa sebuah bagasi dan berada dalam keadaan mencurigakan.

"Sebaik diperiksa satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi syabu seberat tiga kilogram bernilai RM750,000 ditemui tersorok di bahagian bawah beg yang dilindungi dengan helaian baju," katanya kepada pemberita di sini.

Nordin berkata suspek yang pertama kali datang ke negara ini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya turut merampas sejumlah mata wang asing milik lelaki itu.

Dalam rampasan seterusnya, beliau berkata polis memeriksa sebuah bagasi yang tidak dituntut dan menemui dadah dipercayai syabu seberat 2.8 kilogram bernilai RM700,000.

"Kami percaya pemiliknya meninggalkan bagasi yang mengandungi dadah itu kerana bimbang selepas mendapati kawasan berkenaan diawasi ketat oleh pihak berkuasa," katanya.

Sehubungan itu, Nordin berkata polis sedang mengesan pemilik beg itu berdasarkan nombor siri pada bagasi berkenaan.

ArticlePublished 13 Jun 2014 7.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM