Polis Kedah akan terus memastikan kawalan keselamatan di semua lokasi khususnya yang dianggap sebagai tumpuan, dipertingkatkan bagi mengelak sebarang risiko ancaman khususnya membabitkan kumpulan pengganas termasuk Militan Negara Islam (IS).
Walaubagaimanapun, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan kegusaran kepada masyarakat dengan menyebarkan berita palsu menerusi media sosial dan juga aplikasi WhatsApp sehingga menjadi viral.
Sumber: Berita Harian.