Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Lepas Tembakan Dalam Restoran Makanan Laut

Diterbitkan: 20 Jan 2016 8.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ipoh, 20 Jan - Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan di dalam sebuah restoran makanan laut dua tingkat di Medan Ipoh di sini malam tadi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-lepas-tembakan-dalam-restoran-makanan-laut
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:56 MYT


Ipoh, 20 Jan - Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan di dalam sebuah restoran makanan laut dua tingkat di Medan Ipoh di sini malam tadi, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.05 malam itu, suspek yang memakai topi kaledar masuk ke aras bawah restoran berkenaan lalu melepaskan tembakan ke arah siling kedai.

"Kejadian berlaku kurang daripada seminit, selepas itu suspek terus melarikan diri.

"Semasa kejadian hanya terdapat tiga pelanggan serta seorang pekerja di dalam restoran," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Menurut Sum, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis berkenaan dan beberapa kedai di kawasan sekitar untuk mencari petunjuk.

"Kita juga rakam percakapaan pekerja, pemilik restoran serta kedai bersebelahan dan ini adalah kes pertama melibatkan premis ini," katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 20 Jan 2016 8.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM