Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Pahang Tahan Enam Suspek Pengedar Dadah Rampas 260 15

Published: 17 Jun 2014 7.18 AM Updated: 15 Aug 2026 7.45 PM
Temerloh, 11 Julai - Polis menahan enam orang disyaki pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin seberat 260.15 gram bernilai RM15,000 di sebuah rumah di Taman Bukit Bendera, Mentakab dekat sini, ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pahang-tahan-enam-suspek-pengedar-dadah-rampas-260-15
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT

Temerloh, 11 Julai - Polis menahan enam orang disyaki pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin seberat 260.15 gram bernilai RM15,000 di sebuah rumah di Taman Bukit Bendera, Mentakab dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Pemangku ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan pada 4.25 pagi itu, suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita berumur antara 23 dan 57 tahun.

"Dalam serbuan di rumah itu, polis menahan lima suspek termasuk dua wanita dan merampas 26 paket plastik lut sinar pelbagai saiz yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin.

"Polis turut merampas alat penimbang digital, plastik lut sinar, sebilah gunting dan alat untuk membungkus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil siasatan, seorang lagi rakan suspek ditahan di rumah berasingan di taman tersebut, pada 2.40 petang.

Abdul Aziz berkata siasatan awal juga mendapati bekalan dadah diperoleh dari ibu negara untuk diedarkan di sekitar Temerloh dan Mentakab dengan menjadikan rumah itu, sebagai tempat membungkus dadah.

Katanya, hasil ujian air kencing, mendapati kesemua suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

"Tiga daripada suspek lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan tiga daripada mereka berasal dari Kuala Lumpur, Perak dan Johor," katanya. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.18 AMUpdated 15 Aug 2026 7.45 PM