Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ops Tutup Pati Langkawi Lebih 200 Pendatang Tanpa Izin Dit

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.17 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
LANGKAWI, 11 Julai - Polis marin Langkawi menahan 258 pendatang asing tanpa izin yang menaiki sebuah bot kira-kira tiga batu nautika dari Tanjung Timun, di perairan pulau ini awal pagi ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-tutup-pati-langkawi-lebih-200-pendatang-tanpa-izin-dit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:56 MYT

LANGKAWI, 11 Julai - Polis marin Langkawi menahan 258 pendatang asing tanpa izin yang menaiki sebuah bot kira-kira tiga batu nautika dari Tanjung Timun, di perairan pulau ini awal pagi ini.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Daerah 1 Langkawi, ASP Mohd Rodzi Abu Hasan berkata mereka yang ditahan termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Nepal, Pakistan, India dan Kenya.

"Hasil maklumat, pasukan polis melancarkan Ops Tutup dan berjaya mengesan sebuah bot kira-kira pukul 3.15 pagi tadi," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setelah pemeriksaan dibuat pihaknya mendapati terdapat pendatang tanpa izin dalam bot berkenaan termasuk 29 kanak-kanak lelaki dan 27 kanak-kanak perempuan.

Katanya kesemua pendatang asing itu kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk siasatan.
 Ops Tutup Pati Langkawi Lebih 200 Pendatang Tanpa Izin Dit
Ops Tutup Pati Langkawi Lebih 200 Pendatang Tanpa Izin Dit

Ops Tutup Pati Langkawi Lebih 200 Pendatang Tanpa Izin Dit

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.17 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM