Polis Padawan Banteras Kegiatan Lumba Haram
PADAWAN : Polis Daerah Padawan sedang memantau kegiatan lumba haram yang dilapor semakin berleluasa di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Ng Ah Lek berkata setakat ini belum terdapat perlumbaan haram yang khusus dianjurkan, namun pihaknya akan membuat pemantauan.
Beliau berkata demikian ekoran rungutan penduduk di sepanjang Jalan Kampung
Semadang-Skim Penempatan Bengoh di Penrissen tentang gangguan dari aktiviti
perlumbaan haram.
Katanya perlumbaan biasa diadakan pada malam hujung minggu antara pukul 9 malam hingga larut malam.
Sementara itu beliau berkata pihaknya juga sedang melancarkan operasi besar-besaran bagi membanters jenayah.
Ng dan pegawai-pegawainya melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bestari Siburan yang mempunyai 171 pelatih hari ini.-BERNAMA