Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis P Pinang Tahan 21 Gro Warga China Dalam Ops Noda

Published: 16 Jun 2014 3.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan 21 wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus di sini dalam satu operasi Isnin malam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-p-pinang-tahan-21-gro-warga-china-dalam-ops-noda
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:49 MYT
GEORGE TOWN, 22 Februari 2011 (Bernama)

Polis menahan 21 wanita warga China yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus di sini dalam satu operasi Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata turut ditahan bersama kumpulan wanita berusia lingkungan 20-an itu ialah seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis.

"Siasatan awal mendapati semua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi mereka telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO dan dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Beliau berkata premis hiburan yang dilengkapi dengan pintu pagar geriji serta dikawal ketat 'tonto' itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.

Gan berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas perjalanan dan Seksyen 55(b) akta sama kerana menggaji pekerja tanpa dokumen sah.
ArticlePublished 16 Jun 2014 3.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM