Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
melihat kepada statistik jenayah indeks bagi tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya, kadar jenayah telah menunjukkan penurunan di mana jenayah indeks telah menurun sebanyak 4.3 peratus, jenayah kekera..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-optimis-perangi-jenayah-20140612
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:09 MYT
Bukit Aman, 22 April - 'Dalam usaha menangani jenayah terutamanya jenayah kekerasan, kita telah melancarkan Operasi Cantas Khas sejak 17 Ogos 2013 dan operasi ini masih berterusan dan inisiatif ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada masyarakat seterusnya dilihat sangat berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah serta mengawal peningkatan aktiviti kumpulan kongsi gelap dan gengsterisme di seluruh negara," ujar Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara, hari ini. 

Jelasnya lagi, melihat kepada statistik jenayah indeks bagi tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya, kadar jenayah telah menunjukkan penurunan di mana jenayah indeks telah menurun sebanyak 4.3 peratus, jenayah kekerasan menurun sebanyak 1.9 peratus dan jenayah harta benda menurun sebanyak 4.9 peratus.

Berucap sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Perkarangan Kompleks 3 Bukit Aman hari ini, beliau turut menjelaskan pemansuhan Ordinan Darurat pada 21 Jun 2012 juga telah menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah kekerasan yang mana pembebasan tahanan-tahanan Ordinan Darurat menyebabkan mereka kembali melakukan jenayah dan ada juga di kalangan mereka yang diburu oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang lain disebabkan balas dendam dan perebutan kawasan. 

Sehubungan itu, Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan dan Pemerluasan 2014) yang diwartakan pada 1 April 2014 dan dikuatkuasakan pada 2 April 2014 telah memberi 'tambahan' kuasa kepada PDRM untuk mengambil tindakan pencegahan jenayah yang lebih efektif di seluruh negara, terutamanya terhadap kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini. 

"Berikutan itu, PDRM telah melancarkan "Op Cantas Khas - PCA 1959" bermula pada 2 April 2014 dan sehingga 21 April lalu, seramai 106 orang telah ditangkap di bawah akta ini," jelas beliau.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Sekitar perhimpunan pada hari ini

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Sekitar perhimpunan pada hari ini

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Tabik Hormat daripada YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.


POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Pemeriksaan detachment kawalan kehormatan oleh Ketua Polis Negara.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Sekitar perhimpunan pada hari ini.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Sekitar perhimpunan pada hari ini.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Bacaan doa memberkati majlis perhimpunan pada hari ini.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Bacaan lafaz ikrar.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Bacaan lafaz ikrar.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
YDH Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Antara penerima-penerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Negara.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Antara penerima-penerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Negara.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Antara penerima-penerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Negara.

POLIS OPTIMIS PERANGI JENAYAH
Sekitar perhimpunan pada hari ini.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM