Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Persidangan bertemakan 'The Development of Teaching Staffs In Police Academies' itu mencerminkan iltizam INTERPA membantu meningkatkan prestasi tenaga kerja bagi memastikan standard tertinggi perkhidm..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-tuan-rumah-interpa-2014-20140612
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:57 MYT
Disediakan Oleh: Lkpl Mohd Helmi bin Saadin
Foto: SJN Zaiddin bin Dahalan dan Lkpl Mohd Helmi bin Saadin

Putrajaya 21 April - Latihan bersama melalui Persidangan Akademi Persatuan Polis Antarabangsa (INTERPA) penting untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menuju ke arah kepolisan moden dan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah bukannya dipilih secara automatik sebaliknya berdasarkan integriti, malah peranan PDRM turut diiktiraf di kalangan negara ahli sejak ia ditubuhkan pada 2011. 

Persidangan yang diadakan selama empat hari bermula hari ini di Hotel Pullman, Putrajaya melibatkan 110 peserta daripada 46 buah institusi kepolisan daripada 40 buah negara yang telah mengambil bahagian.

Dalam persidangan tersebut, PDRM akan membentangkan dua kertas kerja iaitu isu dan cabaran latihan kepolisan pada abad ke-21 oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Dato' Shabudin Abdul bin Wahab manakala Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Senior Asisten Komisioner Zulkifli bin Mohamed berkaitan latihan cara penggunaan teknologi.

Persidangan bertemakan "The Development of Teaching Staffs In Police Academies" itu mencerminkan iltizam INTERPA membantu meningkatkan prestasi tenaga kerja bagi memastikan standard tertinggi perkhidmatan penguatkuasaan undang-undang menuju ke arah kepolisan moden dan antara lain mencari idea bagaimana untuk meningkatkan kecekapan anggota mengumpul risikan serta maklumat siasatan yang lebih jitu. 

"Ini peluang terbaik untuk memaksimumkan kerjasama dan koordinasi dalam kalangan institusi latihan kepolisan negara ahli selain dapat meningkatkan keupayaan pengurusan pada peringkat kepimpinan atasan melalui program yang dijalankan bersama", ucap Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, melalui Persidangan Akademi Persatuan Polis Antarabangsa (INTERPA) yang bermula hari ini. 
 
"Antara kejayaan PDRM yang menjadi contoh kepada INTERPA ialah Blue Ocean Strategy yang telah meningkatkan keupayaan dan kapasitinya sebagai persatuan terkenal di seluruh dunia dengan platform latihan tanpa bertanding" Ujar Ketua Polis Negara lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Dato' Mohamad Khalid bin Haji Shariff, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Prof Dr Remzi Findikli, Presiden Akademi Polis Turkey merangkap Presiden INTERPA, Pengarah-pengarah PDRM serta Pegawai Kanan Polis.


PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Sekitar program berlangsung...

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Ketibaan YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Ketibaan YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Antara barisan Kehormat

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersama YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Nyanyian lagu Negaraku...

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Gimik perasmian...

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Antara  tetamu yang hadir

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Prof Dr Remzi Findikli, Presiden Akademi Polis Turkey merangkap Presiden INTERPA ketika berucap

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri ketika memberi ucapan

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Penyampaian cenderahati kepada YB Menteri Dalam Negeri

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Penyampaian cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Beramah mesra ....

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
Bergambar kenangan

PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
PDRM TUAN RUMAH INTERPA 2014
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM