Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Negeri Sembilan Tumpas Kumpulan Curi Kenderaan Di Sela

Published: 16 Jun 2014 7.02 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
SEREMBAN, 19 Mei (Bernama) -- Polis Negeri Sembilan menumpaskan satu kumpulan enam lelaki dan merampas 10 kenderaan bernilai lebih RM200,000 yang kesemuanya dilaporkan dicuri di Selangor...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-negeri-sembilan-tumpas-kumpulan-curi-kenderaan-di-sela
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:09 MYT
SEREMBAN, 19 Mei (Bernama) -- Polis Negeri Sembilan menumpaskan satu kumpulan enam lelaki dan merampas 10 kenderaan bernilai lebih RM200,000 yang kesemuanya dilaporkan dicuri di Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata kesemua kenderaan tersebut iaitu sembilan buah kereta dan sebuah lori tiga tan dirampas di sekitar Sepang, Kajang dan Cheras di Selangor selain di Melaka dan di Negeri Sembilan.

"Kesemua rampasan kenderaan tersebut adalah berkaitan dengan kes kecurian kenderaan di Selangor. Siasatan awal mendapati kenderaan yang dicuri akan dijual pada orang perseorangan dan bengkel kereta," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Hamdan berkata enam suspek yang berumur 20-an dan 30-an itu ditangkap di beberapa lokasi berasingan di ketiga-tiga negeri itu bulan lepas.

"Kumpulan ini aktif sejak tahun lepas," katanya.

Hamdan berkata semua suspek dan kenderaan yang dirampas itu akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan selanjutnya.
ArticlePublished 16 Jun 2014 7.02 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM