Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ops Tiong Polis Tumpaskan Sindiket African Scam

Diterbitkan: 16 Jun 2014 6.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan antarabangsa yang menggunakan laman sosial Facebook untuk memikat wanita dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ops-tiong-polis-tumpaskan-sindiket-african-scam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:42 MYT

Ops Tiong Polis Tumpaskan Sindiket African Scam

'Ops Tiong' - Polis Tumpaskan Sindiket African Scam : Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan antarabangsa yang menggunakan laman sosial Facebook untuk memikat wanita dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan.

Timb. Peng. II, JSJK Bukit Aman, SAC Dato' Rodwan bin Mohd Yusof berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 26 hingga 39 tahun yang dua daripada mereka adalah warga Nigeria,ditahan Isnin lepas dalam dua serbuan berasingan di Seri Kembangan dan Cheras.

Antara yang dirampas ialah sejumlah barang kemas bernilai kira-kira RM100,000, pelbagai jenis peralatan komputer, pelbagai jenis dokumen dan buku cek, sejumlah kad ATM danvisa pelbagai jenama serta wang tunai USD15,000 dan RM14,260 termasuk empat buah kereta seperti Toyota Rush dan Honda Accord bernilai kira-kira RM400,000. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda serta di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 6.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM