Artikel
Polis Negeri Sembilan Tumpas Kumpulan Curi Kenderaan Di Sela
SEREMBAN, 19 Mei (Bernama) -- Polis Negeri Sembilan menumpaskan satu kumpulan enam lelaki dan merampas 10 kenderaan bernilai lebih RM200,000 yang kesemuanya di...
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Majid berkata kesemua kenderaan tersebut iaitu sembilan buah kereta dan sebuah lori tiga tan dirampas di sekitar Sepang, Kajang dan Cheras di Selangor selain di Melaka dan di Negeri Sembilan.
"Kesemua rampasan kenderaan tersebut adalah berkaitan dengan kes kecurian kenderaan di Selangor. Siasatan awal mendapati kenderaan yang dicuri akan dijual pada orang perseorangan dan bengkel kereta," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Hamdan berkata enam suspek yang berumur 20-an dan 30-an itu ditangkap di beberapa lokasi berasingan di ketiga-tiga negeri itu bulan lepas.
"Kumpulan ini aktif sejak tahun lepas," katanya.
Hamdan berkata semua suspek dan kenderaan yang dirampas itu akan diserahkan kepada polis Selangor untuk tindakan selanjutnya.