Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Nafi Serbu Apartment Mewah

Published: 13 May 2018 2.40 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 13 Mei 2018 - Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah apartment mewah di Jalan Raja Chulan di sini, petang semalam, berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas perdana menteri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-serbu-apartment-mewah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:26 MYT

Kuala Lumpur, 13 Mei 2018 - Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah apartment mewah di Jalan Raja Chulan di sini, petang semalam, berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas perdana menteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya sedang menyiasat secara terperinci dakwaan itu selepas menerima laporan daripada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tengah hari, semalam.

"Pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan rapi dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukannya melakukan serbuan.

"Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah palsu dan tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mazlan berkata pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa anggotapolis bantuan di apartment itu bagi membantu siasatan mengenai dakwaan terdapat maklumat dan rakaman video menunjukkan kira-kira 50 tas tangan jenama Birkin dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit apartmen itu.

Mazlan berkata beliau akan membuat laporan mengenai berita palsu yang melaporkan serbuan susulan kes itu dan mempersoalkan siapakah sumberpolis yang dipetik dalam laporan berkenaan.

Malam tadi, sebuah agensi berita asing melaporkan kira-kira 20 anggota dan pegawai polis membuat serbuan di apartment itu petang semalam susulan laporan yang diterima mengenai pemindahan barangan terbabit.

- BERNAMA

ArticlePublished 13 May 2018 2.40 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM