Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Nafi Khabar Angin Pergaduhan Kaum Pada Hari Malaysia

Published: 13 Jul 2016 3.05 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 13 Julai - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya keganasan kaum akan tercetus semasa sambutan Hari Malaysia pada September depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-khabar-angin-pergaduhan-kaum-pada-hari-malaysia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:28 MYT


Kuala Lumpur, 13 Julai - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya keganasan kaum akan tercetus semasa sambutan Hari Malaysia pada September depan.

Sehubungan itu, PDRM memberi amaran bahawa mereka yang bertanggungjawab
menyebarkan khabar angin itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan perbuatan berbaur hasutan dan penggunaan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

"PDRM ingin menegaskan bahawa mesej itu tidak berasas dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan merosakkan keharmonian kaum dan menggugat ketenteraman awam," kata Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Khabar angin itu, yang disebar melalui media sosial, turut meminta orang bukan Melayu supaya menyimpan bekalan makanan dan keperluan lain bagi menghadapi kejadian yang dikatakan akan berlaku pada 16 Sept itu.

- BERNAMA

ArticlePublished 13 Jul 2016 3.05 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM