Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Operasi Cari Dua Lelaki Hilang Di Hutan Pos Pulat Gua Musang Diteruskan

Diterbitkan: 13 Jul 2016 3.01 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.23 PM
Gua Musang , 13 Julai - Operasi mencari dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu kemuning di kawasan hutan Pos Pulat di sini sejak 13 Jun lepas, masih dijalankan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/operasi-cari-dua-lelaki-hilang-di-hutan-pos-pulat-gua-musang-diteruskan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:04 MYT


Gua Musang , 13 Julai - Operasi mencari dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari kayu kemuning di kawasan hutan Pos Pulat di sini sejak 13 Jun lepas, masih dijalankan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Rajab Ahad Ismail berkata pasukan mencari melakukan pencarian di kawasan satu kilometer persegi dari lokasi penemuan tulang rangka manusia yang belum dikenal pasti identitinya, pada Sabtu lepas.

"Operasi mencari itu dilakukan sehingga ke Sungai Nenggiri mulai 8 pagi hingga 6 petang setiap hari kerana kita khuatir mereka yang sesat, masih berada di kawasan hutan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, operasi itu dijalankan 38 anggota Polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan dibantu penduduk kampung.

Zarani Abdullah Zawawi, 37, dan seorang penduduk Orang Asli, Sudin Salleh, berusia lingkungan 30-an dari Kampung Kuala Lah di sini, dilaporkan hilang sejak mereka memasuki hutan itu pada 13 Jun lepas.

Kebiasaannya, mereka mengambil masa di antara seminggu hingga dua minggu untuk berada di dalam hutan itu untuk mencari kayu kemuning sebagai sumber pendapatan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2016 3.01 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.23 PM