Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Nafi Kepung Van Sindiket Culik Di Bukit Mertajam

Published: 29 Aug 2015 6.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Mertajam, 29 Ogos- Polis menafikan berlaku kejadian culik di sebuah sekolah di Bukit Mertajam selepas tersebar gambar sebuah kereta peronda polis (MPV) dan beberapa anggota mengepung sebuah van putih di sekolah berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-kepung-van-sindiket-culik-di-bukit-mertajam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:19 MYT

Bukit Mertajam, 29 Ogos- Polis menafikan berlaku kejadian culik di sebuah sekolah di Bukit Mertajam selepas tersebar gambar sebuah kereta peronda polis (MPV) dan beberapa anggota mengepung sebuah van putih di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor menjelaskan sebenarnya anggota polis bersama MPV berada di kawasan sekolah itu kerana sedang menjalankan tugas omni presence dalam usaha membendung kegiatan jenayah.

"Maklumat yang tersebar dalam laman sosial yang mendakwa polis mengepung van putih berkenaan kerana mengesyaki digunakan untuk menculik murid sekolah adalah tidak betul," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati van putih itu setiap hari membawa murid sekolah di kawasan berkenaan sejak 15 tahun lepas dan identiti pemandu van telahpun dikenal pasti.

"Polis minta semua pihak tidak terus menyebarkan maklumat tidak betul kerana ia akan menimbulkan perasaan takut dan bimbang di kalangan ibu bapa, guru dan murid sekolah," katanya.

Gambar polis dan MPV 'mengepung' van putih berkenaan tersebar di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak Khamis lepas dan mendakwa polis mengesyaki van itu milik anggota sindiket menculik murid sekolah.

Dakwaan turut dibuat kononnya pemandu van terbabit melarikan diri dan meninggalkan kenderaan itu di hadapan pagar sekolah sebaik menyedari kehadiran polis.- BERNAMA

ArticlePublished 29 Aug 2015 6.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM