Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Asing Ditahan Berhubung Kes Bunuh Pekerja Barang Lusuh

Diterbitkan: 28 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang warga asing ditahan dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah premis menjual barang lusuh di Kawasan Perindustrian Bidor semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-asing-ditahan-berhubung-kes-bunuh-pekerja-barang-lusuh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:00 MYT

Tapah, 28 Ogos - Seorang warga asing ditahan dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki di sebuah premis menjual barang lusuh di Kawasan Perindustrian Bidor semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, ACP Som Sak Din Keliaw berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar kawasan berkenaan kira-kira 12 tengah hari iaitu empat jam selepas insiden tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi, mayat M. Nganasekar, 36, dari
Sitiawan ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah serta kesan luka di leher akibat dikelar.

Difahamkan suspek merupakan rakan sekerja mangsa dan pihak polis turut menemui sebilah pisau yang mempunyai kesan darah berhampiran tempat kejadian, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini.

Som Sak berkata motif kejadian belum diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah, ASP Mad Nasri Fadzir di talian 05-4015 222 atau balai polis berdekatan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 28 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM