Muar, 14 November - Polis Muar berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.1 juta menerusi beberapa serbuan yang dilakukan sejak 1 Januari hingga 13 November ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, heroin adalah dadah paling banyak dirampas bernilai RM911,837 seberat 30394 gram (gm) diikuti ketamin RM561,410 dengan berat 14,035gm.
"Daripada jumlah tersebut, 32 kes yang berjaya dikesan adalah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A (2) dengan (32 kes), Seksyen 39A(1) iaitu (12 kes) dan Seksyen 12(2) sebanyak (130 kes) akta yang sama.
"Tangkapan terbaharu ke atas dua lelaki ketika sekatan jalan raya yang dilakukan di Jalan Temenggung Ahmad dengan rampasan dadah heroin (112gm) dan syabu (10gm) serta wang tunai RM31,000 kelmarin katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Dacrah (1PD) Muar, di sini semalam.
Menurutnya, suspek ditahan reman sehingga 18 November ini untuk membantu siasatan bagi mengetahui sumber mereka memperoleh bahan berkenaan dan tempoh terbabit dalam kegiatan tersebut.
Kes disiasat mcngikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) akta sama.

Sumber: Sinar Harian