Artikel
1 732 Polis Kedah Siap Sedia Hadapi Banjir
Alor Setar, 14 November - Seramai 1,732 anggota polis Kedah dikerah bersiap sedia hadapi sebarang kemungkinan banjir di negeri itu.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata, persiapan banjir itu dilakukan di semua 11 daerah meliputi kelengkapan logistik untuk operasi menyelamat.
"Kami sediakan 23 bot penyelamat dilengkapi enjin sangkut, jaket keselamatan untuk petugas dan mangsa banjir, khemah serta generator.
"Operasi menyelamat juga dilakukan dengan agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Bomba, Rela dan sebagainya' katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Setar, di sini, semalam.

Sumber: Sinar Harian