Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Miri Tahan Lelaki Miliki Dadah Bernilai Lebih Rm15 000

Diterbitkan: 11 Jul 2014 2.17 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Dadah yang dirampas ialah jenis Ketamine seberat 57 gram dan lima biji pil Erimin 5 seberat 1.40 gram,' katanya hari ini.Beliau berkata dadah terbabit dibungkus di dalam 31 peket plastik lut sinar...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-miri-tahan-lelaki-miliki-dadah-bernilai-lebih-rm15-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT
Miri, 23 Jun - Polis Miri memberkas seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM15,000 dalam operasi di Jalan Taman Boulevard di sini malam semalam.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata penganggur berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 9.50 malam susulan maklumat awam.

"Dadah yang dirampas ialah jenis Ketamine seberat 57 gram dan lima biji pil Erimin 5 seberat 1.40 gram," katanya hari ini.Beliau berkata dadah terbabit dibungkus di dalam 31 peket plastik lut sinar.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 11 Jul 2014 2.17 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM