Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Miri Tahan Lelaki Miliki Dadah Bernilai Lebih Rm15 000

Published: 11 Jul 2014 2.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Dadah yang dirampas ialah jenis Ketamine seberat 57 gram dan lima biji pil Erimin 5 seberat 1.40 gram,' katanya hari ini.Beliau berkata dadah terbabit dibungkus di dalam 31 peket plastik lut sinar...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-miri-tahan-lelaki-miliki-dadah-bernilai-lebih-rm15-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:31 MYT
Miri, 23 Jun - Polis Miri memberkas seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM15,000 dalam operasi di Jalan Taman Boulevard di sini malam semalam.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata penganggur berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 9.50 malam susulan maklumat awam.

"Dadah yang dirampas ialah jenis Ketamine seberat 57 gram dan lima biji pil Erimin 5 seberat 1.40 gram," katanya hari ini.Beliau berkata dadah terbabit dibungkus di dalam 31 peket plastik lut sinar.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 11 Jul 2014 2.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM