Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Melaka Tumpaskan Kumpulan Samun Geng Puchong

Diterbitkan: 05 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Melaka menumpaskan kumpulan samun Geng Puchong selepas menahan empat anggotanya yang aktif melakukan jenayah di Lembah Klang pada 20 Okt lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-tumpaskan-kumpulan-samun-geng-puchong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:58 MYT

Melaka, 5 Nov - Polis Melaka menumpaskan kumpulan samun Geng Puchong selepas menahan empat anggotanya yang aktif melakukan jenayah di Lembah Klang pada 20 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata anggota geng tersebut yang berusia 19 hingga 21 tahun, ditahan sehari selepas melakukan samun di dua kedai serbaneka 24 jam di Jalan Kenanga dan Tengkera antara 1.15 pagi dan 3.45 pagi pada 19 Okt lepas.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan pada 5.30 petang di sebuah motel di Tanjung Kling yang dipercayai menjadi tempat persembunyian mereka.

"Kesemua lelaki yang berasal dari luar Melaka itu dipercayai datang ke negeri itu untuk melakukan samun buat pertama kali dan menyewa di motel berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata keempat-empat lelaki berkenaan melakukan samun menggunakan sebilah parang dan mereka merampas rokok dan sejumlah wang tunai daripada juruwang.

Katanya polis merampas rokok yang dicuri dan tiga telefon bimbit dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.

Dalam perkembangan lain, Shaikh Abdul Adzis berkata tiga lelaki ditahandalam tangkapan berasingan kerana terlibat dalam aktiviti mencuri bateri kenderaan di sekitar daerah Melaka Tengah.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 17, 24 dan 39 tahun itu ditahan di Paya Rumput, Ayer Keroh dan Taman Gadong di sini dalam tempoh 23 Okthingga Ahad lepas.

"Polis percaya penahanan itu berjaya merungkai kegiatan mencuri bateri kenderaan di daerah ini dengan tertangkapnya ketiga-tiga individu berkenaan," katanya.

Beliau berkata suspek menjual bateri kenderaan yang dicuri di kedai barangan lusuh. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM