Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

4 Individu Dicekup 47kg Syabu Dirampas

Diterbitkan: 05 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Empat individu dicekup dan 47 kilogram (kg) dadah disyaki jenis syabu dalam tiga serbuan berasingan sekitar Selangor oleh ‘Special Tactical Intelligence Narcotics Group’ (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, semalam
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/4-individu-dicekup-47kg-syabu-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:01 MYT

Kuala Lumpur, 5 Nov – Empat individu dicekup dan 47 kilogram (kg) dadah disyaki jenis syabu dalam tiga serbuan berasingan sekitar Selangor oleh ‘Special Tactical Intelligence Narcotics Group’ (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Mohd. Mokhtar Haji Mohd Shariff berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat daripada orang awam dan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

"Dalam serbuan itu, tiga warga negara asing manakala seorang warga tempatan telah ditangkap dan kesemua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Merbahaya 1952", katanya pada sidang media yang dibuat di Bukit Aman, petang tadi.

Menurut Dato’ Mohd. Mokhtar, seramai 155, 038 tangkapan dibuat sejak 1 Jan sehingga terkini manakala seramai 5, 897 adalah melibatkan warga negara asing.

Tambah beliau, statistik itu turut mencatat sebanyak 1, 431kg dadah sentetik (syabu & ketamin), 901, 671 biji pil dadah sentitik (ekstasi, yaba dan erimin 5) serta 2, 364kg dadah tradisional (ganja dan heroin).

“Nilai anggaran keseluruhan rampasan dadah adalah RM221 juta, nilai sitaan harta RM61 juta dan nilai harta yang dilucuthakan ialah RM7 juta”, ujarnya.
4 Individu Dicekup 47kg Syabu Dirampas
4 Individu Dicekup 47kg Syabu Dirampas

ArtikelDiterbitkan 05 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM