Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Melaka Tahan Dua Tukang Urut Warga China

Diterbitkan: 02 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Melaka menahan dua wanita tukang urut warga China kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 di sebuah pusat refleksologi di Melaka Raya di sini, awal pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-tahan-dua-tukang-urut-warga-china
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:48 MYT

Melaka, 2 Okt - Polis Melaka menahan dua wanita tukang urut warga China kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 di sebuah pusat refleksologi di Melaka Raya di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, ASP Azahar Abdul Rahim berkata, wanita berusia 34 dan 37 tahun itu masing-masing ditahan kerana memiliki pas lawatan atau permit kerja yang
telah tamat tempoh selain menyalahguna pas lawatan sosial.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai penjaga premis tersebut turut ditahan kerana disyaki menggaji warga asing secara tidak sah.

"Kita juga melakukan pemeriksaan ke atas lima lagi wanita warga China yang juga tukang urut di pusat itu tetapi dibebaskan kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua wanita berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Melaka untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM