Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Berkas Sembilan Orang Termasuk Seorang Wanita Bersabit Dadah

Diterbitkan: 02 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan sembilan orang termasuk seorang wanita serta merampas dadah seberat 983.78 gram (g) dalam empat serbuan berasingan semalam dan 29 Sept lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-berkas-sembilan-orang-termasuk-seorang-wanita-bersabit-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:49 MYT

Kangar, 2 Okt - Polis menahan sembilan orang termasuk seorang wanita serta merampas dadah seberat 983.78 gram (g) dalam empat serbuan berasingan semalam dan 29 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, turut dirampas 38 pil Erimin 5 dan 13 pil kuda.

Katanya, tiga tangkapan dibuat dalam serbuan pada masa yang hampir sama di sekitar Simpang Empat pagi semalam manakala satu lagi tangkapan pada 29 Sept lepas.

"Wanita berumur 26 tahun diberkas bersama empat lelaki berusia 27 hingga 32 tahun di sebuah rumah di Kampung Tanah Timbul, Simpang Empat. Polis menemui 30.53g heroin, 4.58g syabu, 36 pil Erimin 5 dan 13 pil kuda," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan lain yang menyerbu sebuah rumah di kampung sama berjaya memberkas seorang lelaki berumur 30 tahun dan merampas 46 paket syabu seberat 35.49g, dua pil Eramin 5 dan peralatan membungkus dadah.

Beliau berkata, satu lagi pasukan menyerbu sebuah rumah di Kampung Batas Lintang, Simpang Empat, dan menahan seorang lelaki berumur 36 tahun bersama 456.08g heroin dan 7.10g syabu serta sebuah kereta.

Semua suspek direman untuk membantu siasatan, katanya.

Abdul Rahman berkata, pada 29 Sept lepas, polis memberkas seorang remaja 18 tahun dan seorang rakannya berumur 21 tahun di sebuah rumah di Jalan Syed Alwi, Seberang Tambang, di sini dan merampas 450g heroin.

Mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Oktober bagi membantu siasatan, katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM