Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Melaka Rampas Dadah Bernilai Rm11 000

Published: 21 Jan 2016 10.53 AM Updated: 15 Aug 2026 7.33 PM
Melaka, 21 Jan - Polis Melaka menahan dua lelaki dan merampas 60 biji pil eramin 5 serta dadah syabu bernilai RM11,000 di Taman Bertam Indah di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-rampas-dadah-bernilai-rm11-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:16 MYT

Melaka, 21 Jan - Polis Melaka menahan dua lelaki dan merampas 60 biji pil eramin 5 serta dadah syabu bernilai RM11,000 di Taman Bertam Indah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki berusia 27 tahun yang merupakan penjawat dan penganggur berusia 33 tahun itu ditahan selepas dikejar polis sejauh tiga kilometer di Lebuhraya Sungai Udang Paya Rumput-Ayer Keroh kira-kira 10.30 pagi.

Beliau memberitahu media di sini kereta peronda polis sebelum itu mengesan sebuah Perodua Viva dalam keadaan mencurigakan dan meminta pemandunya memberhentikan kereta, namun pemandu itu memecut menuju ke Taman Bertam Jaya.

"Anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berada di lokasi berhampiran membantu dan cuba menahan kereta itu di Taman Bertam Indah, namun pemandu itu enggan berhenti lalu melanggar anggota URB," katanya.

Akibat pelanggaran itu, Shaikh Abdul Adzis berkata anggota polis URB terbabit cedera ringan.

Beliau berkata kedua-dua suspek itu dipercayai bergerak aktif mengedar dadah di kawasan Sungai Udang sejak sebulan lepas.
"Hasil semakan saringan kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamin manakala seorang daripada suspek didapati memiliki rekod jenayah lampau.

"Kami turut merampas alat penimbang dadah, peralatan menghisap dadah dan telefon bimbit," katanya.

- BERNAMA

ArticlePublished 21 Jan 2016 10.53 AMUpdated 15 Aug 2026 7.33 PM