Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tumpaskan Kegiatan Korek Pasir Secara Haram

Published: 10 Jul 2014 9.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pemangku Komander PPM Wilayah 5, Superintendan Mohd Yazid Abd Aziz berkata, semasa menjalankan operasi pasukannya telah menahan sebuah kapal tongkang pasir bernama BONSONIC (SLSS 4751 K) dan didapati ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tumpaskan-kegiatan-korek-pasir-secara-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:48 MYT
Sarikei, 12 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Sarikei berjaya menumpaskan satu aktiviti pengorekan pasir secara haram dalam Op Pensura di Tanjung Sahat, Muara Payang dekat sini pagi semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah 5, Superintendan Mohd Yazid Abd Aziz berkata, semasa menjalankan operasi pasukannya telah menahan sebuah kapal tongkang pasir bernama BONSONIC (SLSS 4751 K) dan didapati juragan kapal tersebut telah menjalankan aktiviti mengorek pasir tanpa permit/dokumen yang sah.

“Kami telah menahan juragan kapal bersama lima lagi lelaki yang dipercayai pekerja kapal tersebut di mana empat daripadanya adalah warga asing,” katanya.

“Kapal tersebut yang dilengkapi dengan dua buah kren dan muatan pasir hasil yang dikorek telah kami rampas dan kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM3.2 juta,” ujar beliau lagi. 

Kesemua tahanan serta rampasan telah diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Sarikei dan kes disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri Sarawak.

Polis Marin Tumpaskan Kegiatan Korek Pasir Secara Haram
ArticlePublished 10 Jul 2014 9.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM