Artikel
Pemandu Lori Ditahan Bersama 3 692 Liter Petrol Bersubsidi Dirampas
Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata operasi yang diketuai oleh dua pegawai dan dua anggota itu berjaya merampas sejumlah 142 tong yang dii...
Mersing, 13 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang pemandu lori
milik syarikat tempatan dan merampas sejumlah 3,692 liter minyak petrol
di stesen minyak di sini malam tadi.
Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata operasi yang diketuai oleh dua pegawai dan dua anggota itu berjaya merampas sejumlah 142 tong yang diisi dengan minyak petrol di atas sebuah lori.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua tong minyak berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah.
"Barang rampasan termasuk sebuah lori yang disita dianggarkan bernilai RM37,553.20 telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut," ulas beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sumber: PPM