Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tumpas Sindiket Penyeludupan Makanan Sejuk Beku

Published: 18 Aug 2014 11.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor menumpaskan sindiket penyeludupan makanan sejuk beku daripada negara jiran di pangkalan haram Hasnah, Pengkalan Kubor di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tumpas-sindiket-penyeludupan-makanan-sejuk-beku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:52 MYT
Tumpat, 18 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor menumpaskan sindiket penyeludupan makanan sejuk beku daripada negara jiran di pangkalan haram Hasnah, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Pengkalan Kubor Asisten Superitendan Mohd Nawi Yunus berkata serbuan yang dilakukan anggotanya pada pukul 8.10 malam itu hasil intipan pihaknya.

"Ketika serbuan dilakukan kelihatan dua orang lelaki sedang memunggah sesuatu dari bot berkenaan ke dalam sebuah kereta Proton Wira di pangkalan haram berkenaan.

"Namun, dua lelaki tersebut melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota PPM dengan menghilangkan diri ke dalam semak berhampiran,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Nawi berkata hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap kereta itu mendapati pelbagai jenis sosej dengan jumlah berat 280 kilogram, 10 kilogram pencicah, 20 kilogram serbuk roti, 10 kilogram tepung goreng dan 24 paket ayam beku yang setiap satunya seberat dua kilogram.

Katanya kesemua barang yang dirampas bernilai lebih RM8,000 diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk disiasat di bawah Akta Makanan 1983. - BERNAMA
ArticlePublished 18 Aug 2014 11.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM