Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Sibu Tumpas Aktiviti Curi Pasir Bernilai Rm50 Ribu

Diterbitkan: 19 Aug 2014 12.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sibu, 19 Ogos - Kegiatan tiga lelaki dipercayai mengorek pasir tanpa permit menggunakan sebuah kapal di kawasan Tanjung Kumpei,Ulu Lanang, Batang Rajang berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-sibu-tumpas-aktiviti-curi-pasir-bernilai-rm50-ribu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:09 MYT

Sibu, 19 Ogos - Kegiatan tiga lelaki dipercayai mengorek pasir tanpa permit menggunakan sebuah kapal di kawasan Tanjung Kumpei,Ulu Lanang, Batang Rajang berjaya ditumpaskan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sibu, petang semalam.

Menurut komandernya ACP Kalai Chelvan, aktiviti mengorek pasir secara haram tersebut dikesan oleh tiga anggota polis yang sedang membuat rondaan menerusi Operasi Pensura.

“Semasa melalui lokasi terbabit, mereka terserempak dengan sebuah kapal yang sedang mengorek pasir. Pasukan kita telah melakukan pemeriksaan ke atas kapal terbabit dan mendapati kesemua suspek yang berada di situ gagal menunjukkan sebarang dokumen sah berkaitan aktiviti yang sedang dilakukan.

“Berikutan itu, anggota PPM telah bertindak menahan juragan bersama dua krew kapal tersebut bagi membantu siasatan,” ulas beliau.

Dalam operasi itu, pihak polis turut merampas sebuah kapal bernilai RM2,000,000, dua unit kren bernilai RM800,000 dan pasir seberat 500 tan bernilai RM50,000.

Kesemua tahanan serta rampasan diserahkan kepada ke Jabatan Tanah dan Ukur Bahagian Sibu untuk tindakan selanjutnya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 32A Kanun Tanah Negeri Sarawak.

Ppm Sibu Tumpas Aktiviti Curi Pasir Bernilai Rm50 Ribu
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2014 12.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM