Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Temui Pistol Di Dalam Bot Indonesia

Diterbitkan: 08 Sep 2018 2.18 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 8 September 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tiga lelaki warga Indonesia selepas menemui sepucuk pistol ‘Airsoft gun’ semasa pemeriksaan ke atas sebuah bot ‘barter trade’ yang dinaiki mereka di perairan Kuala Batu Pahat dekat sini, tiga hari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-temui-pistol-di-dalam-bot-indonesia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:37 MYT

Johor Bahru, 8 September 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan tiga lelaki warga Indonesia selepas menemui sepucuk pistol ‘Airsoft gun’ semasa pemeriksaan ke atas sebuah bot ‘barter trade’ yang dinaiki mereka di perairan Kuala Batu Pahat dekat sini, tiga hari lalu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, bot berkenaan yang membawa muatan kayu bakau ditahan ketika dalam pelayaran ke Kuala Batu Pahat.

“Semasa diperiksa, PPM menemui sepucuk pistol yang disimpan di dalam sebuah beg sandang milik tekong bot.

“Sehubungan itu, kesemua suspek berusia 27 hingga 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Senjata 1960,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat tujuan suspek membawa pistol berkenaan.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Sep 2018 2.18 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM