Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Lelaki Aktif Pecah Rumah Ditahan

Diterbitkan: 09 Sep 2018 3.11 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Miri, 9 September 2018 - Intipan selama lebih 10 jam akhirnya membawa kepada penahanan tiga suspek pecah rumah di sebuah rumah di Batu Niah, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-lelaki-aktif-pecah-rumah-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:51 MYT

Miri, 9 September 2018 - Intipan selama lebih 10 jam akhirnya membawa kepada penahanan tiga suspek pecah rumah di sebuah rumah di Batu Niah, di sini, semalam.

Lelaki masing-masing berusia 20-an itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri jam 6 pagi selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan berkenaan.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan, polis menemui pelbagai barangan berharga, antaranya televisyen, kipas, panel solar dipercayai diperoleh hasil kegiatan haram mereka.

Sumber itu berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar Batu Niah sejak lebih sebulan lalu dan menjadikan kawasan perumahan sebagai sasaran.

“Suspek menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi persembunyian bersama barangan yang dicuri, namun hasil risikan polis berjaya mengesan mereka.

“Polis kemudian melakukan intipan sejak kelmarin sebelum menyerbu rumah berkenaan dan menemui pelbagai barangan dicuri kumpulan berkenaan,” katanya. - HARIAN METRO ONLINE

ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2018 3.11 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM