Artikel
POLIS MARIN TAWAU RAMPAS ROKOK BERNILAI RM148,000
Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata rokok itu dirampas dalam operasi pada kira-kira 4 petang di kawasan Tanjung Batu...
Tawau, 21 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas rokok pelbagai
jenis tanpa cukai bernilai kira-kira RM148,000 dalam operasi di perairan
daerah ini, semalam.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata rokok itu dirampas dalam operasi pada kira-kira 4 petang di kawasan Tanjung Batu.
Seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun turut ditahan, katanya. Mohamad berkata, rokok itu yang diseludup masuk dari negara jiran adalah untuk pasaran di sekitar Daerah Tawau.
Sumber: BERNAMA
Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata rokok itu dirampas dalam operasi pada kira-kira 4 petang di kawasan Tanjung Batu.
"Ketika operasi itu,
pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan. Apabila
bot itu diperiksa kami menjumpai rokok tersebut," kata beliau dalam
satu kenyataan.
Seorang lelaki warga tempatan berusia 19 tahun turut ditahan, katanya. Mohamad berkata, rokok itu yang diseludup masuk dari negara jiran adalah untuk pasaran di sekitar Daerah Tawau.
Sumber: BERNAMA