Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Tawau Gagalkan Cubaan Seludup 220 Batang Kayu Ba

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Tawau, 18 Okt - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 220 batang kayu bakau bernilai RM37,000 ke negara jiran dengan menggunakan bot jongkong awal pagi semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tawau-gagalkan-cubaan-seludup-220-batang-kayu-ba
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT

Tawau, 18 Okt - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 220 batang kayu bakau bernilai RM37,000 ke negara jiran dengan menggunakan bot jongkong awal pagi semalam.

Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madun berkata kesemua kayu bakau berkenaan dirampas dari dua buah bot jongkong yang diperiksa di kawasan Sungai Sinosolan kira-kira jam 4.30 pagi selepas mendapati kayu bakau itu dibawa tanpa dokumen yang sah.

"Sepasukan anggota Pasukan Polis Marin yang sedang dalam rondaan Op Cantas Khas Laut terserempak dan menahan dua bot jongkong yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke Nunukan, Indonesia. Hasil pemeriksaan mendapati 220 batang kayu bakau di dalam bot jongkong terbabit.

"Turut berada di dalam bot berkenaan ialah tiga lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun yang gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata turut dijumpai di dalam bot berkenaan ialah enam bilah kapak dan sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menebang pokok bakau secara haram di kawasan hutan paya bakau Sungai Serudong dan Sungai Sinosolan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30 (G) (1) Enakmen Perhutanan kerana memiliki kayu bakau tanpa permit.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM