Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

13 Wanita Ditahan Di Raub Kerana Berjudi Haram

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.46 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.39 PM
Kuantan, 18 Okt - Seramai 13 wanita yang berusia antara 50 hingga 80 tahun ditahan kerana terbabit dalam kegiatan judi haram di sebuah rumah di Bukit Koman, Raub semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/13-wanita-ditahan-di-raub-kerana-berjudi-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:41 MYT

Kuantan, 18 Okt - Seramai 13 wanita yang berusia antara 50 hingga 80 tahun ditahan kerana terbabit dalam kegiatan judi haram di sebuah rumah di Bukit Koman, Raub semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata dalam serbuan kira-kira 2.30 petang itu, kesemua suspek didapati menjadikan ruang makan bahagian dapur rumah itu untuk berjudi.

"Pihak polis kemudiannya merampas pelbagai peralatan untuk berjudi seperti kad dan cip," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub dan jika disabit kesalahan mereka boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.46 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.39 PM