Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tahan Tiga Lelaki Disyaki Miliki Ikan Bom

Published: 18 Jun 2014 9.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan tiga lelaki berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun kerana disyaki memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dekat sini semala..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-tiga-lelaki-disyaki-miliki-ikan-bom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:24 MYT

Tawau, 6 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan tiga lelaki berumur lingkungan 18 hingga 30 tahun kerana disyaki memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah 4 ACP Mohamad bin Madun berkata ketiga-tiga lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan di kawasan perairan Inderasabah ketika sedang menjalankan aktiviti haram mereka menggunakan sebuah bot pam.

Beliau berkata polis menjumpai sejumlah ikan pelbagai spesies di dalam sebuah tong plastik dan peralatan menangkap ikan seperti seunit compressor, seunit goggle, seunit gelung hose dan kasut menyelam buatan sendiri.

"Kesemua ikan, bot dan peralatan tersebut yang dianggarkan bernilai RM5,050 dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 26 (1) (a) Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Mohamad berkata polis memandang serius kegiatan menangkap ikan menggunakan bom ikan kerana ia memusnahkan habitat ikan dan boleh membawa kepada kemerosotan sumber perikanan.

Polis Marin Tahan Tiga Lelaki Disyaki Miliki Ikan Bom
Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau Sabah

ArticlePublished 18 Jun 2014 9.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM