Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tahan Kembar Tokan Dadah

Published: 17 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang berjaya menahan kembar siras yang menjadi pengedar dan penagih dadah dalam satu serbuan di rumah mereka di Kampung Perepat, Klang, Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-kembar-tokan-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:20 MYT

Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang berjaya menahan kembar siras yang menjadi pengedar dan penagih dadah dalam satu serbuan di rumah mereka di Kampung Perepat, Klang, Selangor.

Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang, DSP Ahmad Shafiki Hussin berkata, serbuan yang dilakukan pihaknya bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara itu turut menemui lima paket besar dan empat paket kecil plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 11.20 gram.

Ujian air kencing yang dilakukan terhadap kedua-dua kembar terbabit turut menunjukkan positif dadah jenis morfin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro
Polis Marin Tahan Kembar Tokan Dadah

ArticlePublished 17 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM