Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tahan 58 Pendatang Asing Di Kota Tinggi 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Johor Bahru, 4 Feb - Polis Marin Wilayah Dua menahan 58 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia di Kota Tinggi dekat sini semalam ketika cuba keluar dari negara ini secara haram...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-58-pendatang-asing-di-kota-tinggi-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:59 MYT

Johor Bahru, 4 Feb - Polis Marin Wilayah Dua menahan 58 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia di Kota Tinggi dekat sini semalam ketika cuba keluar dari negara ini secara haram.

Komandernya ACP Zainul Abidin Hassan berkata kesemua PATI yang terdiri daripada 43 lelaki, 13 wanita dan dua kanak-kanak itu ditahan kira-kira 7.30 malam di pantai Tanjung Lompat, Penawar.

"Hasil soal siasat mendapati kesemua PATI itu mengaku hendak pulang ke Indonesia menggunakan bot pancung secara tidak sah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Penahanan PATI berumur dalam dalam lingkungan 2 hingga 67 tahun itu adalah hasil Operasi Landai Markas Taktikal Polis Marin Wilayah Dua.

Kesemua PATI itu yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 ditahan di Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.

Zainul Abidin berkata mereka disiasat kerana memasuki Malaysia menerusi laluan tidak diwartakan, tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta memiliki pasport tamat tempoh.

Dalam tempoh awal Januari lepas hingga semalam, Polis Marin Wilayah Dua melakukan 13 tangkapan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002, pihaknya menahan 148 warga asing dan dua lelaki, yang dipercayai bertindak sebagai tekong.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM