Lima Lelaki Ditahan, Rampas Tiga Senjata Api Buatan Sendiri
Tawau,
4 Feb - Polis menahan lima lelaki dan merampas tiga laras senjata api
buatan sendiri dekat hutan simpan Gunung Rara, Kalabakan semalam.
Ketua
Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua lelaki yang
berumur antara 32 dan 53 tahun itu ditahan kira-kira 8.20 pagi dalam
'Ops Buru' oleh sepasukan pegawai Jabatan Perhutanan.
"Mereka
ditahan ketika menaiki sebuah kenderaan semasa menuju ke kawasan hutan
simpan itu. Semasa pemeriksaan, polis menemui tiga laras senjata api
buatan sendiri itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata mereka dipercayai cuba memburu di kawasan hutan simpan itu.
Kesemua mereka ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, katanya.
Sumber : BERNAMA