Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Tahan 40 Pati Di Kota Tinggi

Diterbitkan: 15 Jan 2017 8.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota Tinggi, 15 Jan. 2017 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menahan 40 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika cuba masuk ke daerah ini dalam satu operasi dan serang hendap di perairan Punggai, Sungai Rengit, dekat sini, tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-40-pati-di-kota-tinggi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:48 MYT

Kota Tinggi, 15 Jan. 2017 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 menahan 40 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ketika cuba masuk ke daerah ini dalam satu operasi dan serang hendap di perairan Punggai, Sungai Rengit, dekat sini, tengah malam tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam operasi tersebut pihaknya telah berjaya mengesan dan cuba memintas sebuah bot pancung yang membawa 31 lelaki warga Indonesia, enam wanita Indonesia dan tiga lelaki warga Bangladesh yang masing-masing berumur di antara 20 sehingga 50 tahun.

"Pihak polis hanya mampu menahan bot berkenaan setelah 20 minit mengejar sebelum bot yang dinaiki semua suspek terbalik akibat dipukul ombak besar.

"Dalam insiden berkenaan, pihak polis terpaksa bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam air untuk dibawa balik ke Balai Polis Pengerang untuk diberikan bantuan perubatan awal," ujar beliau.

Menurut ACP Paul lagi, tiada kemalangan jiwa berlaku dan kesemua suspek yang mengalami kecederaan kecil telah dihantar ke hospital berdekatan.

Kesemua PATI tersebut disiasat untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

"Pihak polis akan mempertingkatkan lagi kawalan perairan negara bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan manusia," tegas ACP Paul lagi.

Polis Marin Tahan 40 Pati Di Kota Tinggi
ArtikelDiterbitkan 15 Jan 2017 8.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM