Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Curi Kereta Tumpas

Diterbitkan: 14 Jan 2017 6.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Petaling Jaya, 14 Januari 2017 - Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kereta dengan memberkas dua lelaki warga tempatan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Puchong Permai dekat sini pada Sabtu lepas,
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-curi-kereta-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:52 MYT
Petaling Jaya, 14 Januari 2017 - Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kereta dengan memberkas dua lelaki warga tempatan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Puchong Permai dekat sini pada Sabtu lepas,

Kedua-dua suspek berusia 32 dan 27 tahun itu ditahan pada pukul 5 pagi oleh sepasukan anggota hasil risikan dan maklumat awam. 

Polis berjaya menemui dua buah Proton Satria dan dua buah Proton Wira yang pernah dilaporkan hilang di sekitar Sentul, Kuala Lumpur dan Kota Bharu Kelantan. 

Selain itu, polis telah merampas sebuah kereta Honda Civic yang dipandu oleh suspek, sebuah beg silang, beberapa batang spanar dan pemutar skru, lima buah telefon bimbit serta sepeket dadah jenis syabu seberat 3.32 gram.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 879A Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan juga denda.

Sumber: KosmoSindiket Curi Kereta Tumpas
ArtikelDiterbitkan 14 Jan 2017 6.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM