Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Tahan 12 Pati Indonesia

Published: 02 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak perempuan, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Parit 5, berhampiran jeti nelayan Sekinchan, dekat sini, tengah malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-tahan-12-pati-indonesia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:00 MYT

Shah Alam, 2 Okt - Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak perempuan, ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Parit 5, berhampiran jeti nelayan Sekinchan, dekat sini, tengah malam tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Ahmad Shafiki Hussin berkata, mereka ditahan ketika berkumpul di rumah tersebut pada pukul 12.30 malam.

"Dalam serbuan itu, kita menahan enam lelaki, lima wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang semuanya berusia antara satu dan 49 tahun.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta tinggal lebih masa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua PATI berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

- BERNAMA

ArticlePublished 02 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM