Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Semporna Rampas 10 000 Liter Petrol Subsidi

Diterbitkan: 17 Jun 2014 5.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pegawai Pemerintah PGM Semporna, ASP Mat Zawawi Mat Yaacob, berkata petrol itu dijumpai dalam 400 tong dan ditutup dengan kanvas di dalam sebuah bot jongkong yang dalam perjalanan ke sempadan perairan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-semporna-rampas-10-000-liter-petrol-subsidi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT

Semporna, 17 Jun - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Semporna merampas 10,000 liter petrol bersubsidi di kawasan laut Tanjung Baru, dekat sini dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah PGM Semporna, ASP Mat Zawawi Mat Yaacob, berkata petrol itu dijumpai dalam 400 tong dan ditutup dengan kanvas di dalam sebuah bot jongkong yang dalam perjalanan ke sempadan perairan negara.

"Kira-kira jam 11.30 malam, semasa menjalankan tugas Op Daulat, bot ronda PSC 9 mengesan sebuah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan di kawasan laut Tanjung Baru, dalam perjalanan menuju ke perairan sempadan.

"Setelah dihampiri untuk pemeriksaan, empat lelaki dalam bot tersebut bertindak terjun ke laut dan berenang ke kawasan cetek untuk menyelamatkan diri, manakala bot ditinggalkan tanpa juragan dan enjin bot masih hidup dengan bot bergerak sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya turut dirampas ialah sebuah bot bersama dua unit enjin masing-masing berkuasa 75 dan 115 kuasa kuda. Nilai semua rampasan termasuk bot dan enjin berkenaan dianggarkan RM50,000.

Tiada suspek ditangkap dalam kejadian itu.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 5.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM