Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Sandakan Rampas 2 600 Biji Telur Penyu Seludup

Published: 18 Aug 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sebanyak 2,600 telur penyu yang hendak diseludup ke daerah ini dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di pesisir pantai Kampung Forest dekat sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-sandakan-rampas-2-600-biji-telur-penyu-seludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:36 MYT

Sandakan, 18 Ogos - Sebanyak 2,600 telur penyu yang hendak diseludup ke daerah ini dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di pesisir pantai Kampung Forest dekat sini, hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata nilai rampasan telur penyu itu dianggarkan berjumlah RM3,120.

Katanya anggota PPM yang melakukan rondaan di kawasan itu pada pukul 4 pagi, mengesan dua lelaki menaiki sebuah bot pam memunggah barang ke pantai.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun melarikan diri dengan menggunakan bot pam tersebut sebaik menyedari kehadiran anggota PPM, katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamad berkata hasil pemeriksaan menjumpai enam bungkus plastik hijau dan dua karung guni berisi telur penyu disyaki diseludup dari negara jiran untuk pasaran gelap di daerah ini.

Katanya telur penyu tersebut kemudian diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

ArticlePublished 18 Aug 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM