Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Marin Sabah Rampas 170 000 Liter Petrol Bersubsidi

Published: 18 Jun 2014 12.32 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Sandakan, 27 Ogos - Polis Marin merampas 170,000 liter minyak petrol bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran semalam, kata Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-sabah-rampas-170-000-liter-petrol-bersubsidi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:57 MYT

Sandakan, 27 Ogos - Polis Marin merampas 170,000 liter minyak petrol bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran semalam, kata Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun.

Beliau berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya menahan sebuah kumpit dari Filipina di perairan Sandakan pada kira-kira 3 petang, yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Bongao, Filipina.

"Ketika diperiksa, kumpit itu sedang membawa 850 tong minyak petrol RON 95 dan rampasan dilakukan selepas minyak itu, yang dianggar bernilai RM467,500 disyaki cuba diseludup keluar dari negara ini," katanya.

Mohamad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 dan rampasan diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata pihaknya memantau rapi aktiviti penyeludupan barangan kawalan terutama minyak petrol bersubsidi kerana boleh merugikan kerajaan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 12.32 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM