Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Rampas Rokok Seludup Seorang Lelaki Ditahan

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 12 Mac - Polis Marin Kuantan merampas hampir 300 karton rokok seludup pelbagai jenama daripada seorang lelaki dalam operasi di Beserah, dekat sini petang tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-rokok-seludup-seorang-lelaki-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Kuantan, 12 Mac - Polis Marin Kuantan merampas hampir 300 karton rokok seludup pelbagai jenama daripada seorang lelaki dalam operasi di Beserah, dekat sini petang tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, ACP Azmi bin Ibrahim berkata, pasukannya telah menyerbu sebuah kedai runcit dan telah merampas lebih kurang empat karton rokok seludup di premis tersebut.

"Setelah disiasat, suspek yang merupakan pemilik premis tersebut telah menunjukkan sebuah lori berdekatan premisnya dan kami menjumpai 34 karton rokok seludup yang disimpan dalam kenderaan tersebut," katanya.

"Tidak berakhir di situ, malah kami telah ke rumah lelaki tersebut dan sekali lagi pasukan kami menjumpai 227 karton rokok pelbagai jenama yang disimpan di rumahnya," ujarnya lagi.

Kesemua rokok serta lori tersebut dirampas dan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM46,650.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barangan seludup.

Polis Marin Rampas Rokok Seludup Seorang Lelaki Ditahan
Sumber : Pasukan Polis Marin Kuantan

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM