Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Marin Rampas Rokok Seludup Dan Mercun Dengan Nilai Duti Dan Cukai Rm1 3 Juta

Diterbitkan: 02 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Marin Wilayah 3 berjaya merampas rokok seludup dan mercun dengan nilai duti dan cukai kira-kira RM1.3 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Seri Teruntum, dekat sini, petang kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-marin-rampas-rokok-seludup-dan-mercun-dengan-nilai-duti-dan-cukai-rm1-3-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:56 MYT

Kuantan, 2 Okt - Polis Marin Wilayah 3 berjaya merampas rokok seludup dan mercun dengan nilai duti dan cukai kira-kira RM1.3 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Seri Teruntum, dekat sini, petang kelmarin.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, ACP Azmi Ibrahim berkata, rampasan itu merupakan yang terbesar selepas dua rampasan sama sebelum ini menjadikan nilai keseluruhan duti dan cukai berjumlah kira-kira RM2 juta tahun ini.

Azmi berkata, rampasan yang dijalankan pasukan itu semalam dilakukan hasil maklumat awam dan risikan setelah mereka mengekori sebuah van jenis Toyota berwarna putih dalam keadaan mencurigakan keluar dari kawasan Batu 5, berhampiran Kuala Sungai Kuantan.

"Sampai di kawasan perumahan itu, van berkenaan dilihat berlegar-legar sebelum memasuki sebuah rumah di situ dan polis kemudian membuat serbuan ke atas rumah berkenaan selepas setengah jam tiada pergerakan dari van berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terdapat dua orang lelaki dalam rumah berkenaan iaitu seorang berbangsa Cina berumur 30 tahun dan warga Myanmar yang berumur 25 tahun bersama sejumlah jenis rokok seludup pelbagai jenama dan mercun.

"Dipercayai rokok dan mercun berkenaan dibawa masuk dari sempadan Thailand dan Johor untuk pasaran sekitar negeri ini termasuk bandar Kuantan.

"Kedua-dua suspek ditahan bersama barang rampasan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

- BERNAMA
Polis Marin Rampas Rokok Seludup Dan Mercun Dengan Nilai Duti Dan Cukai Rm1 3 Juta

ArtikelDiterbitkan 02 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM